Tiny Techies (Inovasi Robotik Siri 4)
19 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2026, telah diadakan Kelas Tiny Techies Inovasi Robotik Siri 4 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.
Topik kali ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep lanjutan dalam robotik melalui aktiviti membina, menguji, dan mengawal robot untuk melaksanakan tugasan tertentu. Peserta turut mempelajari asas pengaturcaraan, penyelesaian masalah, dan pemikiran logik, sekali gus meningkatkan kreativiti, kemahiran teknikal, serta minat terhadap bidang STEM dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: